Maafkan mama..

24 Sep

Abg syg,

Maafkan mama diatas sikap mama semasa kita di kampung.Mungkin abang terkejut kenapa mama jadik macam tu, macam orang yang hilang pedoman. Mama tak dapat nak kawal diri mama, tahap kesabaran mama dah tak ader had. Selama ini mama diam aper  yang berlaku walaupun hati ni macam di hiris2 jer, tapi bila fikirkan abang semua tu mama kawal. Tapi tidak untuk kali ini, kesabaran mama ader hadnyer. Setiap kali balik kampung hal yang samer jer akan berlaku. Mama penat abang..penat sesangat nak layan semua kerenah ni. Terguris sanagt mama dengan sikap abang….tapi tak per ah..mama sayangkan keluarga kita. Setiap kalia semua ni berlaku, airmata mama tak berhenti mengalir..hanya itu ajer ah penenangnyer…..

Ya Allah…Kau bantulah hambamu ini untuk melawan semuanya. Kau berilah aku kesabaran untuk melawan semua dugaan ini.Sesungguhnya hanya kau yang Maha Mengetahui betapa kasihnya aku pada suami dan anak2 ku. Kau telah uji kami semasa dialam percintaan..setelah 8 tahun  kami bercinta pelbagai dugaan, aku mohon Ya Allah…kuatkan hatiku.Tabahkanlah hati ku.

Aku tahu suami ku tersepit antara family dier dan aku..tapi tak kan drg tak boleh faham yang ROSLAN ni dan berkahwin. Kalau dah sayang sanagt..naper masuk pinang aku…tak payah bagi kawin duduk jer bawah ketiak drg..Please ah..jangan kacau rumahtangga aku…please!!!!!!Bagi aku bahagia………..MAMA SAYANG PAPA & DANIAL..

Advertisements

4 Responses to “Maafkan mama..”

  1. kenalan baru September 26, 2007 at 1.35 #

    sabar ye..saya rasa kes ni sama mcm saya, cuma kite kena redha dan sedaya upaya buat yg terbaik untuk suami…kadangkala org lain yg mbuatkan kite suami isteri bergaduh, tp itulah dugaan yg paling beratkan?? Cuma nasihat saya berterus terang pada suami dengan cara berhemah dan lemah lembut kerana saya pasti suami kite pn nk yg terbaik untuk wife dan anak2nya..Dulu2 saya sampai fobia nk balik ke rumah MIL coz takut apa lak yg akan berlaku tp tawakkal aje..
    – bak kata org perkahwinan ni satu percaturan dan kitelah yg mengemudinya….

  2. raziqdanial September 28, 2007 at 1.35 #

    Betul tu…kenapa mesti macam ni.Saya dah penat sangat nak pikir hal2 macam ni.Kadang2 rasa macam tak nak balik pun kat kg.Biar ah duk kat sini..hepi sangat.

    Boleh tak saya tahu nama awak? Duk kat mana? Kita kawan ek…bagi ah blog awak gak…

  3. azfaliza September 29, 2007 at 1.35 #

    psst yanti..aku pon penah buat suami aku tersepit antara family dia dan aku..tapi bila pikir2 balik, rasa tak baik plak buat gitu………

    last2, aku layannnn ajerrr (amik berat hati dia dan family dia)..insyaallah lama2 nanti ok sendiri..yang penting, kena sabar, ok? 😉

  4. raziqdanial October 1, 2007 at 1.35 #

    mungkin citer ko lain ngan aku…pijam ader mak dan adik jer.family laki aku ni ramai..laki aku ni anak bongsu lelaki.jadik kakak2 ipar aku aku ni macam2.Susahkan Az…aku sabar jer.Tapi laki aku tak der aper hal kalau tak libatkan family dier.raser macam tak nak balik kampung………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: