Archive | October, 2007

Kehidupan..

30 Oct

Salam lebaran..

Kehidupan ini ada pasang dan surutnya..kadang2 indah dan kadang2 kelam jer. Tapi semua itu sudah lumrah kehidupan, kita tak semestinya sentiasa di atas. Tapi bagi aku, aku bahagia dengan kehidupan ini wpun sederhana tapi sekurang2nya aku ada keluarga yang bahagia(insya Allah). Dengan gaji kami yang tak berjuta kami dapat manage kehidupan kami, Ya Allah murahkanlah rezeki kami..aminn.

Suamiku selalu tanya..sayang bahagia tak dengan abang?..kenapa soalan itu aje? Dah beribu kali aku cakap, aku bahagia sangat bercinta dan berkahwin dengan papa. Demi Allah tiada perasaan menyesal dalam hati mama. Mungkin kemewahan yang papa pikirkan..tapi mama nak tanya? Miskin sangat ker kita ni?hee..Tak kan!!! So jangan pikir sangat. Mama sayangkan papa dan anak2 kita (wpun baru ader danial)…touching plak…susah sangat ker nak caya??caya ah…MUahhhhh

Advertisements

teringat..

16 Oct

gemukknyerr

aku sajer jer nak testing letak gambar kat wordpress ni..selama ni semua tak jadik gamba yang aku letak..so aku tertengok gamba aku maser ngandung…aku try ah letak gambo ni…mintak2 ah jadik….fuhhhhh

AIPA

16 Oct

Pepagi lagi bos aku dah bagitahu…26-28hb Oktober ni aku kener gi KB sbg urusetia AIPA & KMK. Pening jap….aku boleh gi tapi aku nak bawak Danial, dah ah dier nyusu pastu aku plak tak sanggup nak tinggalkan dier…..tak buat kerja aku kalau tinggalkan dier. So aku ambik inisiatif bagi tahu faizah mintak booking bilik untuk aku sebab kak zie pun bawak anak & laki dier gak…harap2 dapat ah…Tapi lakiku plak tak boleh cuti….macamana ek?? boleh ah bang….heee

frust sesangat..

16 Oct

Aku frust sangat sebab aku tak ambik gambar aku,papa dan danial pakai baju raya…tak teringat langsung…

kenapa ah aku jadik macam tu….hasbenku pun frust  gak..macamana boleh tak ingat nak ambik gambar danial ngan baju raya….kesian anak aku..dah ah aku beli baju raya kat dier sampai 5 pasang..tapi satu pun aku tak ambik gambar dier…

Kesian anak mama…nanti mama ambik gambar danial yer….kesian anak mama…..papa pun mama kesian gak…sory sayang-sayang mama….

ku beraya di perantauan..

16 Oct

Ni aku nak citer sikit apa yang ku buat pada hari raya..

MALAM RAYA

Hasbenku kerja ari jumaat tu..tapi dier balik malam, so malam raya tu aku buat kuah kacang dan rebus nasi himpit…sembang2 ngan hasbenku…main2 ngan danial..tido…

RAYA PERTAMA

Raya pertama aku potong nasi himpit, panaskan kuah kacang dan goreng daging (favourite hasbenku)..pastu hasbenku bersiap nak sembahyang raya. Bila hasbewnku balik dari sembahyang raya,aku bersalam ngan hasbenku..sedihnya..Maafkan mama yer papa. Pastu aku plak suapkan danial nasi dan kuih raya dan mandikan dier sebab hasbenku nak ajak kami berjalan kerumah kawan dier. … tapi maser aku bersiap2..kawan hasbenku plak datang..bagi dier makan dulu. Pastu ajak kawan hasbenku ini gi sesamer kami kerumah kawan yang sorang lagi (kawan dier gak)..so sekali lagi biler nak kuar..kawan hasbenku yang kerja kat balai bomba putrajaya datang…bagi makan lagii…lama gak ah tertunggak perjalanan kami..akhirnya kami kuar kul 12…terus gi rumah kawan hasbenku…pastu aku gi rumah kak azza..tengok baby dier, gi cyberjaya plak…rumah kawan hasbenku..tirednyerrr……pastu baru balik rumah..dalam kul 4..sembahyang…aku ingat nak tido..tapi tak jadi..sebab kawan hasbenku tel nak datang rumah. memandangkan nasi himpitku macam tak cukup..so aku pun buat ah  chawkuewtiaw….dan drg makan dengan lahapnya…..kul 6 drg balik..aku plak nak siapkan bekal hasbenku..sebabnya dier kerja malam….sekian…raya pertama tu..aku open and close door ah…tahun ni baru ah rasa raya sikit…org datang rumah….

RAYA KEDUA

Aku bangun seawal kul 6 pagi..lepas aku sembahyang subuh aku tunggang langgang kat dapur untuk menyiapkan mee kari. Sebabnya kul 9 pg hasbenku nak ajak ker Banting rumah kawan dier..kalau nak kira aku tak payah ah masak2 sebab nak kuar berayakan…tapi aku tak suka kuar rumah ngan perut kosong…tak mau mengharap sangat makan kat rumah org..Anak dan hasbenku nak makan. Lepas suapkan danial dan hasbenku makan, aku bersiap untuk kuar. KAmi ke Banting, rumah Sarjan Jumali (Sarjan hasbenku), Rumah Lili (cleaner kat opis aku), Rumah abang Man (sepupu hasbenku), rumah mak merah (tukang urut ku maser pantang merangkap mak mertua sarjan). Lepas semua selesai kami pulang kerumah dalam kul 3.30 petang. Dlam perjalanan balik..Shahril (kawan hasbenku) tel dan cakap nak datang rumah….hee..sib baik ader mee kari.kalau tak penat ah aku nak masak2 lagi…Lepas Shahril balik..hasbenku terus tido ngan danial…aku plak melakukan tugas2 ku sebagai surirumah….itu ah rayaku…

RAYA KETIGA

Duk kat rumah untuk berehat..hasbenku kerja……………………tidoooo

RAYA KEEMPAT

Aku kerja…huu..huuuu. Hasbenku jaga anak kat rumah…bosannnnn

huu..huuu

16 Oct

hu..huuu sedihnya. Bukan sedih tak balik beraya tapi seduh bila kener kerja dan datang opis sesorang..macam org bodo plak rasenya..ngantuknya mata ku..kalau cuti ku banayak nak ajer aku cuti, boleh gak main2 dan gi jalan2 ngan anak ku…tadi maser aku nak gi kerja, danial nangis..nak ikut. kesian plak kat dier…ari ni papa dier jaga dier…nak balik rumah..

Tak balik raya…

8 Oct

Alhamdulilah….tahun ni Insya Allah kali kedua aku samabut raya dengan suamiku…aku hepi sangat sebab ini kali pertama aku sambut raya sebagai ibu.Walaupun aku tak balik kg untuk beraya, tapi aku gembira sebab suami dan anakku ada bersama denganku. Berkali-kali husbenku tanya nak balik kg tak?jawapanku still ‘tidak’..aku tak nak balik kg…aku nak bersama dengan suamiku..tak sampai hati aku nak tinggalkan dier sesorang.Aku sedap2 makan ketupat, lemang..tapi suamiku??Tak sampai hati aku….

Papa..jangan risau, mama tak kisah pun…kan mama dah biasa macam ni..masa mula2 kawin pun mama sesorang gak beraya, papa kerja gak. Tahun ni mama ada geng…danial kan boleh teman mama..Kan mama dan janji nak masakkan nasi himpit, soto, mee kari untuk papa…MAMA TAK KISAH PUN….mama hepi….trust me my dear!!! muahhhh…heeee