Archive | January, 2008

Kisah Hari minggu….

21 Jan

Sabtu

Seperti yang dijanjikan, ari ni hasbenku bawak kuah nasi dagang. Semalam maser balik kerja aku dah buat kuah tu. Pagi tu aku bangun kul 6 dan buat sarapan untuk hasbenku (roti telur ngan teh o jer) dan packing kuah nsi dagang. Dalam kul 7 kawan hasbenku call, dier nak bagi nasi kat aku dan nak kuah nasi dagang tu, isteri dier nak rasa kot….setelah selesai sesi sistem barter..hasbenku pun gi kerja.

Lepas hasbenku gi kerja, aku suap danial nasi dan mandikan dier pastu bagi dier tido dan aku pun tumpang sekali…kami bangun kul 12, berpinar-pinar kepalaku sebab danial kejutkan aku. bangun jer dari tido aku pun buat ah aktiviti aku, kemas rumah, mop, panjat itu dan ini, lap peti ais, vacuum,. Penat gila tapi aku anggap itu senaman jer..nak harap berjogging tak dernyer aku.aku kena settlekan segalanya ari sabtu gak sebab ari khamis hasbenku nak ajak kuar beli barang2 dapur dan susu danial sekali dan ke nilai gak untuk beli frame yang mamamy aku kirim. Petangnya pula aku buat nasi kuning ngan ayam masak merah dan acar timun…dinner laki aku.

Ahad

Selesai sembahyang subuh aku terus gosok baju kerja…hasbenku melayan danial. Danial ni jam loceng kami sebab suka kejutkan kami bangun tido.setelah selesai mengosok kami pun srapan.tengok jam awal lagik..so aku  pun nak ah masak2.hasbenku tak bagi sebab nak kuar tapi aku nak masak gak..nak buat sup tulang ngan sambal belacan dan goreng ikan masin…sedap…

Tapi tak sempat gak buat sebelum kuar, tulang tu tak sempat lembut. Janji nak kuar kul 11 pagi, nak kuar cepat dan balik cepat sebab hasbenku nak gi keje plak malam.

Kami gi nilai dan terus ke giant nilai tu….shopping berbagai-bagai dan beli kain untuk mammy aku.tak jadik beli frame cermin tu..aku tak berkenan.Pastu balik rumah kul 4 dan selesai sembahyang zohor aku sambung masak……

selesai hujung minggu tuuu….best sangat cuti..rabu cuti lagi…

Pastu

Advertisements

Kehidupan semalam, kelmarin dan seharian….

18 Jan

Semalam maser aku tengah mamai nak tido…papa call, tanya ader ker periuk besar nak buat kuah tu. Aku cakap dah ader ah, muat ah ngan periuk tu setakat 3 ekor ikan jer. Papa kater takut tak muat, so dier kater nak ambik periuk kat balai…heee.

Excited sungguh hasbenku ini, aku raser dah muat sesangat dah….jangan bawak balik periuk sebesar rumah dah..jenuh aku nak mengangkutnya….Aku pun jadik excited gak nak masak….best masak2 ni..walaupun penat tapi asalkan ader org jaga hero aku tu..sekawah pun aku sanggup masak…..

Tengahari ni aku balik rumah, nak masak untuk makan tengahari, petang aku start masak kuah nasi dagang tu….

Semalam aku vacuum rumah lepas sembahyang maghrib,nak vacuum lepas balik kerja takut hasbenku marah. Sebab aku dah pernah kena sound…‘mama ni berenti kerja ah, jadik tukang sapu plak, suka sangat menyapu’tiap2 hari asyik menyapu jer. Sejak hasbenku mengeluarkan ayat2 ituah, aku tak berani nak menyapu depan dier…so semalam biler dier gi kerja aku vacuum ah….Lepas vacuum aku potong2 bawang untuk masak petang ni…sambil2 tu bercakap ngan hero aku tu…seronok sangat melayan danial ni…suker buat muker kelakar.

Rumah aku tu selalu berdebu, tu yang aku selalu menyapu. tak nak bukak sliding door nanti lemas plak..tapi memang debu..tak tahan akuu.Aku mop rumah tu seminggu sekali, kekadang kalau tahap dahsyat debu tu..aku mop ah seminggu 2x. Vacuum ngan menyapu jangan cakap ah…hari2 aku pegang. basuh baju tetiap hari, lipat kain tiap2 hari..sebenarnya penat tapi ku gagahkan jugak. Kalau hasbenku tak kerja lega ah sikit. dier tolong jemur baju settlekan danial, jadik tak der ah aku penat sangat. Aku gosok baju kerja untuk seminggu, cuma tudung jer gosok tetiap hari. Senang skit..tak der ah aku kelam kabut.

Hari sabtu ialah hari untuk aku mop rumah, basuh bilik air dan hari ahad pula ialah hari untuk aku gosok semua baju kerja aku dah hasbenku. Kalau aku nak kuar berjalan pun aku akan pastikan semua tu settle. Maka oleh kerana itu ah aku selalu kuar petang, tapi kesimpulannya kami ni jarang kuar kecuali ader barang nak beli atau ader hal sesangat..kalau tak lepaking kat rumah ah….layan danial. Masa tak der danial dulu pun macam tu…Kenapa ah kita ni papa yer…???klau sebut bab berjalan aku memang ala-ala sengal sikit….tak senonoh sungguh. Kalau balik kat kg pun macam tu…kalau balik rumah mammy, memang tak berjalan pun.tapi kalau balik rumah mak mertua aku asyik berjalan jer..ader jer aktiviti drg. heee…biaser ahhh….kuanggg…kuang…..Tapi bukan ah aku ni tak berjalan langsung..ader gak berjalan tapi boleh dibilang dengan jari …huuuhuuuu

Protected: Anak Pontianak…

18 Jan

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Alam rumahtangga….

18 Jan

 

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk
Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.


3. Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.


4. Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.


5. Berhentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

“Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan)

“Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)

“Ini salah awak juga.” (tuduhan)

“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh.” (tuduhan)

“Abang tak guna langsung.” (celaan)

“Awak tak senonoh!” (celaan)

“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.” (celaan)

“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.
6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan “semalam”.


7. Senyum semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.


8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.


9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik .

a. “Awak tak bertanggungjawab.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan.” (/)

b. “Awa k degil.” (x)
“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah.” (/)

c. “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan.” (/)

10. Kenal pasti perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu. Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.

a. “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan menengking saya.” (/)

b. “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)
“Tak payahlah awak belajar main golf.” (/)

c. “Jangan pemalas.” (x)
“Jangan selalu tidur siang.” (/)

d. “Layan saya dengan betul.” (x)
“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.”(/)

e. “Jangan syirik.” (x)
“Jangan bomohkan saya.” (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

.

p/s: kadang2 sesajer jer nak cari gaduh….tapi ader maser tak tahu nak gaduh pasai aper….

Itulah sebenarnya hidup dalam rumahtangga ni….Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet. Web Bug from http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=16782148/grpspId=1705020655/msgId=6607/stime=1200491556/nc1=5008814/nc2=3848586/nc3=5170416 Berkatilah kami sekeluarga Ya Allah…
__,_._,___

Permintaan papa….

17 Jan

Di satu malam

Papa: mama, ari sabtu ni abang kerja pagikan?

mama : a’a…kenapaer?

Papa: Kat opis nak buat nasi dagang……..

mama: tak payah nak panjang2 citer, cakap jer nak ma buat nasi dagang….

papa: heee.heeee, boleh tak ma.Bini Man buat nasi

Mama : okey…mama buat kuah dan acar jer, mama tak nak buat nasi,

Papa: terima kasih sayang..

Mama: Tetiba plak sayang ekkkk

Itulah kisahnya,kesimpulannya hari  jumaat malam tu aku kener ah buat kuah dan acar sekali sebab ari sabtu aku nak buat gak nasi dagang untuk aku jer….beras ader 2 pot so boleh ah untuk aku makan sampi petang dan hasbenku makan malam…

Ari ni papa gi beli ikan…rempah2 pun aku dah beli….duit drg kumpul…

Tak per ah..nak harap aku buat rumah terbuka tak tahu bila, so aku makan2 cam ni ok gak…

Aku tak kisah masak2ni, janji hasbenku tolong pegang danial…bila penat memasak pastu orang makan…fuyooo hilang penat memasaknnya….makan lauk kat rumah lagi best dari kat luar…Aku rela bangun seawal 5.30 pagi untuk masak kalau hasbenku tak kerja. Kalau aku beli  lauk, banyak beno komennya…perabis duit jer…

Kesimpulannnya….mama sayang papa…heeee. Untuk danial pun mama selalu tukar2 menu..nasi goreng, bihun sup, telur separuh masak, daging masak kicap…patut ler perut danial dah beso sekarang ni…..mama pun sayang danial….

Thank papa..

16 Jan

Thank papa,

Aku dah dapat hadiah besday yang aku nak tu..taraaaaaaaa…Jam tangan( Setelah di paksa oleh hasbenku)..Setelah puas aku survey kedai2, akhirnya aku dah dapat. Semalam kalau aku tak berkenan gak jam2 kat situ, aku akan ajak hasbenku ker JJ Sri Kembangan. Sebab ader gak jam yang aku berkenan kat JJ. Tapi rasa gak ralatnya sebab tak der sale. So tak der ah diskaun..melayang gak duit hasbenku. Tapi ibarat kater papa….setahun sekali…tapi aku rasa silap aper yang hasbenku cakap tu…anniversary nak adiah gak…

Tapi yang bestnya hasbenku suruh pilih lagi barang yang aku nak,,,.Jadik aku pun ambik ah kasut 2 pasang. Dan seperti biaser danial pun dapat gak…belated besday yer sayang….

Terima kasih bebanyak papa..tapi macam biaser ah..aku tengah pikir aper plak nak bagi kat hasbenku ni…ting tonggg…..

fenin..fenin nak pikir ni..

Perlancaran lagu korporat MAMPU

15 Jan

Ari ni ader raptai untuk perhimpunan MAMPU dan perlancaran lagu korporat MAMPU.Tensen gila aku ngan satu bahagian kat opis aku ni.Kalau nak raptai pun bagi ah ahli koir nyanyi dulu..ni bagi kitaorang melanguk…..samapi kul 1 tak makan dan tak rehearsel2 pun…..

Last2 aku kuar jer dari auditorium tu dan gi beli maknan…balik jer rumah, aku makan sampai tak tertelan nasi..laki aku tengok jer…jangan nak tengok yer..mama lapar tahap gaban ni…

aku kener ah balik rumah hantar lauk kat hasben aku sebab pagi tadi aku tak masak…sebab danial buat perangai and hasbenku plak keje..esok ah pepagi mama masak ye..kita bawak bekal…