Kehidupan semalam, kelmarin dan seharian….

18 Jan

Semalam maser aku tengah mamai nak tido…papa call, tanya ader ker periuk besar nak buat kuah tu. Aku cakap dah ader ah, muat ah ngan periuk tu setakat 3 ekor ikan jer. Papa kater takut tak muat, so dier kater nak ambik periuk kat balai…heee.

Excited sungguh hasbenku ini, aku raser dah muat sesangat dah….jangan bawak balik periuk sebesar rumah dah..jenuh aku nak mengangkutnya….Aku pun jadik excited gak nak masak….best masak2 ni..walaupun penat tapi asalkan ader org jaga hero aku tu..sekawah pun aku sanggup masak…..

Tengahari ni aku balik rumah, nak masak untuk makan tengahari, petang aku start masak kuah nasi dagang tu….

Semalam aku vacuum rumah lepas sembahyang maghrib,nak vacuum lepas balik kerja takut hasbenku marah. Sebab aku dah pernah kena sound…‘mama ni berenti kerja ah, jadik tukang sapu plak, suka sangat menyapu’tiap2 hari asyik menyapu jer. Sejak hasbenku mengeluarkan ayat2 ituah, aku tak berani nak menyapu depan dier…so semalam biler dier gi kerja aku vacuum ah….Lepas vacuum aku potong2 bawang untuk masak petang ni…sambil2 tu bercakap ngan hero aku tu…seronok sangat melayan danial ni…suker buat muker kelakar.

Rumah aku tu selalu berdebu, tu yang aku selalu menyapu. tak nak bukak sliding door nanti lemas plak..tapi memang debu..tak tahan akuu.Aku mop rumah tu seminggu sekali, kekadang kalau tahap dahsyat debu tu..aku mop ah seminggu 2x. Vacuum ngan menyapu jangan cakap ah…hari2 aku pegang. basuh baju tetiap hari, lipat kain tiap2 hari..sebenarnya penat tapi ku gagahkan jugak. Kalau hasbenku tak kerja lega ah sikit. dier tolong jemur baju settlekan danial, jadik tak der ah aku penat sangat. Aku gosok baju kerja untuk seminggu, cuma tudung jer gosok tetiap hari. Senang skit..tak der ah aku kelam kabut.

Hari sabtu ialah hari untuk aku mop rumah, basuh bilik air dan hari ahad pula ialah hari untuk aku gosok semua baju kerja aku dah hasbenku. Kalau aku nak kuar berjalan pun aku akan pastikan semua tu settle. Maka oleh kerana itu ah aku selalu kuar petang, tapi kesimpulannya kami ni jarang kuar kecuali ader barang nak beli atau ader hal sesangat..kalau tak lepaking kat rumah ah….layan danial. Masa tak der danial dulu pun macam tu…Kenapa ah kita ni papa yer…???klau sebut bab berjalan aku memang ala-ala sengal sikit….tak senonoh sungguh. Kalau balik kat kg pun macam tu…kalau balik rumah mammy, memang tak berjalan pun.tapi kalau balik rumah mak mertua aku asyik berjalan jer..ader jer aktiviti drg. heee…biaser ahhh….kuanggg…kuang…..Tapi bukan ah aku ni tak berjalan langsung..ader gak berjalan tapi boleh dibilang dengan jari …huuuhuuuu

Advertisements

3 Responses to “Kehidupan semalam, kelmarin dan seharian….”

  1. Yaya January 21, 2008 at 1.35 #

    rajinnye ty mengemasss…

  2. Yaya January 21, 2008 at 1.35 #

    rajinnye ty mengemas..

  3. mama danial January 22, 2008 at 1.35 #

    memang feverete, sekarang ni makin rajin ah kak..nak kembalikan pader bentuk asal….tulun ah kak..tensen tgk bentuk sekarang…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: