Impian kami..

22 Feb

Kali ni aku nak story pasal impian  kami. Mungkin akan jadi kenyataan kalau itu rezeki kami.

Dah lama aku ngan R nak beli rumah untuk kami sekeluarga, puas pikir2 nak duk sini ker terengganu ker Jerteh ker..Last2 kami target mungkin balik kampung. Masa aku cuti tahun baru cina ari tu, aku survey tanah dan rumah.Mula2 asal nak beli tanah dan buat rumah, tapi tanah yang kami (sebenarnya R yang nak sangat) nak tu dah jadik milik orang lain (adik ipar aku), jadik aku pun cdgkan kat R supaya kita beli rumah jer. So kebetulan ada kawasan perumahan yang sedang di bina di Kuala Terengganu (KP PERDANA) so kami pun gi ah survey tengok rumah contoh. Interesting, aku suka dan dah siap pikir apa nak letak dan macamana nak hias rumah aku tu…..Tapi yang paling beria-ria mak mertua aku ah…So aku pun tel ah PMINT dan drg minta aku datang opis daftar.Ari aku nak balik Putarajaya aku gi ah daftar dan mudah-mudahan semua tu sukses…sukses….

Story 2

Dalam aku sibuk2 nak beli rumah mum aku pun tolong cari gak kat aku kawasann jerteh…..dalam cari2 tu dapat ah rumah banglo setingkat dalam harga RM199k,,R hepi gila sebab murah dan suruh mum survey kawasan tu macamana…..

Tapi dalam masa tu macam2 dugaan yang bertimpa-timpa….panggilan telefon yang tak henti2, persoalan yang bertubi-tubi…’napa nak duk jerteh?duk terengganu ah, anak cerdik…..hello..jangan nak pelekehkan yer…orang yang belajar kat situ pun boleh jadik doktor, masuk MRSM tau… tetiba plak nak cakap macam tu. R tak aper2 tapi orang lain plak yang nak masuk campur rumahtangga aku..please ahh….

R kata: Papa tak kisah mama duk kat mana, janji mama dan anak2 ada ngan papa…..

Y kata: Mama pun tapi naper org nak masuk campur hal kita…??hu..huuu.Bukan nak tolong kita cari rumah ker, survey ker tapi asyik kondem jer…..bagi kondom kang…huawwaaaaaaaaaa.

hati aku plak jadik tak sedap nak ambik rumah kat Jerteh tu..bukan sebab mulut2 tu tapi aku tahu itu kawasan banjir…So mum aku pun survey lagik. confirm kawasan banjir, laluan nak ker rumah tu banjir teruk..paras peha.cancel ah….

Sekarang pilihan aku yhang terengganu ah..siap akhir tahun 2009..semoga tiada masalah yang mendatang lagi…

Semoga impian kita akan jadik kenyataan yer papa…demi anak2 kita.

Mama sayang papa dan anak2 kita sangat2….muahhhhh (baru sorang jer anak……perasan plak anak2)

…..Itulah kisahnya,,,,

Advertisements

6 Responses to “Impian kami..”

  1. koboi mana boleh minum air susu!!! February 22, 2008 at 1.35 #

    tu semua cobaan…aku doakan agar ko dan suami akan mencapai impian itu… aminnnnn…..

  2. aimputra February 24, 2008 at 1.35 #

    alamak nak pindah ganu lak ke… hilang lagi member sorang kan… emmm hijrah itu pengorbanan (sila nyanyi lagu tema maal hijrah)

    bagi kondom? wakakak cam haram jer.. wakaka lawak la ko nih… weh letak la gambar umah tu ke gambar ko ke , gambar kambing ke kat ganu.. wakakak..tapi kalau novel mana ade gambar2 kan… ade gambar2 ni buku kanak2 tadika jer

  3. sedaramu...yg kiut February 25, 2008 at 1.35 #

    baru dpt D sorang..dah perasan anak2..ehhehe..sedara nak balik duk KT ke?? nak ikutttttttttttttttt…….

  4. mama danial February 26, 2008 at 1.35 #

    aimputra:
    siot tul…
    hijrah itu pengorbanan..bla..bla…
    kalo ko dah tahu novel…paham2 jer ah…
    tapi aku konpius ni…aimputra ni saper ek….
    aku sayang nak tinggalkan putrajaya ni…tapi syurga bawah tapak kaki laki aku…haaa..haa

  5. raziqdanial February 28, 2008 at 1.35 #

    seman: ko ni baguih ah..selalu menyenangkan ati aku..mase sembahyang jangan lupa doa kat aku ek…

    jaja: nak ikut buat aper…akak nak lari dari jaja ni…

  6. Hanis Ahmad August 4, 2012 at 1.35 #

    wah..menarik2 pengalaman tuh..semua org ada impian masing2 kan..yang penting suami-isteri tahu apa yang terbaik utk family sendri..kene yakin dan tahu buat keputusan..semua ditangan kita sendri 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: