Archive | March, 2008

Tiket wayang freeee…

31 Mar

Aku dapat tiket wayang free..

ala tiket wayang kat alamanda tu…GSC kan baru bukak kat alamanda, so bagi tiket wayang freee…

Tapi yg aku conpius ni….aku nak buat aper??aku ngan hasbenku bukan uker tgk wayang..nak.nak malam2 buta plak tu…..lalu ku abaikan ah…Duk kat rumah lagik best….

Jangan ah Danial plak yg jadik kaki wayang..penat mama ngan papa nak layan tau…

Advertisements

baca buku….

31 Mar

Arghhhhhhhhhh…bila aku nk baca buku ni….exam dh dekat…2-2 exm yg penting plak tu…bulan yg sama.Apa nak jd aku ni, mentang2 ah exam tk berbayo..uwarghhhhhhhhhhhh….tahap malas yg melampau.

baru nak bukak buku…hero aku pun dtg ah..mama..mama…(alasan). Kuatkan semangat, malam ni aku akan bukak buku……….akan ku buktikan…Insya Allah…..

Citer pagi Jumaat….

28 Mar

Pagi ni aku bangun kul 530pg, sbb nak buat sarapn tuk R ku…Ku buat bihun. Aku tak bawak bekal ari ni sbb ader org belanja makan pagi ni kat opis. Tapi aku makan gak ah bihun skit kt rumah sb alas perut. Tak nk ah aku kebulur nanti tunggu nak mkn yg org belanja. Itu memang style aku, wpun nk gi kenduri ker, aku mesti bagi hasbenku dan heroku itu mkn sbg alas perut dl..tk der ah kebulur sgt…heee…

Pastu aku ingat nak balik tengahri ni nak masak untuk makan tngahari, sb hari ni adik aku nak datang. Kalau aku masak petang penat ah sikit, sb hasbenku nak gi keje plak..kelam kabut jer…tapi ayat best dari hasbenku…‘mama tk pyh masak ah tgahari, papa gi ambik mama kt opis pastu kita gi ambik baju mama kat Kajang tu’..Horeyyy…suker.. bukan malas tapi ader gak satu2 masa tu aku rasa penat sgt…Tapi petang aku kena masak ah….

Aku ni kekadang sms hasbenku cakap tak nak masak, makan aper yg ader ah…tapi ayat aku tu maser kt opis ah..tapi bila balik rumah kemain lagik. Contohnya masa hari Isnin hari tu, aku cakap kat hasbenku tak nak masak, sb penat. Tapi bila nak balik rumah, aku singgah pasar beli ikan siakap ngan kangkung..Sampai jer rumah..aku sembahyang asar dan terus bersilat kat dapur ngan ikan, ngan kangkung dan dengan heroku itu. Setelah puas bersilat maka siaplah siakap stim dan kangkung goreng belacan…..bila hasbenku balik…tarrrrrrrrrrrrraaaaaaaaaaaaa…surprise. suker ah dier……maner tak chubbynya..ahakssssssss.

Bila dah licin di kerjakan oleh hasbenku lauk pauk tu….Mama, sib baik papa cepat pinang mama, kalo tak tentu org lain yg dapat makan sedap2 kan…bangga tauu..ayat tu memang selalu dah…

Kisah adikku…

27 Mar

‘Kak…adiik nak datang rumah kak..lamer tak makan lauk kak masak…’pastu adik nak tgk danial gak…rindu kat ucuk masam tu.

Itulah antara kata2 adik ku semasa call aku tadi..Walaupun aku selalu marah2 dia, tapi aku gak tmpat dier ngadu dan tmpt dier nk makan banyak….Semakin lama semakin kurus aku tgk adik aku ni,,,,sekeping jer. Tapi aku harap lepas dier dah jadik doctor ni, aku nak tgk dier gemuk ah..sihat sokmo.Pejam celik dah nak keje adik aku ni, setelah berhempas pulas belajar. Sekarang ni dier praktikal kat Hospital Batu Pahat…Bulan 8 ni Insya Allah tamatlah kemelut dier..

Dilla…..doa kakak sentiasa untuk adik2 kakak..kakak sayang adik2 akak…rindu kat Dilla, Diana,Ashraf, Lin, Afiq dan Alif…Dah lama kita tak bergurau sama2kan?…Walaupun kak tahu kakak garang tapi kakak sayang adik2 kakak, cuma kakak nak tgk adik2 kakak berjaya jangan jadi macam kakak

Tapi kakak tak nyesal..biarlah kisah tu berlalu macam tu jer..kakak tak nak ungkit kisah lama. Nanti makin bernanah luka ni dik…..Sekurang-kurangnya Allah Maha Mengetahui.

Luahan hatiku..

27 Mar

Kawan,

Sejak dari dulu lagi aku tak percaya istilah kawan baik, sebab aku rasa tiada yg terbaik. Setakat teman suka boleh ah. Tetiba start aku kerja, aku ade ah kawan yg boleh dikatakan baik. Aku selalu citer semuanya pada dia. Dia mendengar dgn penuh ikhlas dan selalu memberi perhatian setiap cerita ceriti aku. Sedih ker gembira ker..semua aku citer …masa tu ah aku mula percaya kat dia.

Mungkin jua Allah nak memberitahu aku cerita yg sebenar….satu masa ada hamba Allah menanyakan aku satu perkara..dan aku terkejut sbb perkara itu hanya dia yg tahu. masa tu aku dah sedikit hilang keyakinan pada dia…sejak dari hari itu..aku dengar banyak citer2 aku yg org tahu…padahal kalau yg peribadi tu..hanya dia.

Sedih, pilu, geram dan semua perasaan yg tk baik ah wujud dlm diri aku…Setelah aku pikir panjang…kesimpulan yg aku buat…..AKU DIAMKAN DIRI DARI DIA……..Walaupun mgkn itu bukan kesudahan, tapi aku tk nak aku makin terasa hati. Biarkan semua tu berlalu jer…

Dan kembali kepada asal…aku tk caya lagik….hu..huuuu.

27 Mar

Tips untuk ibubapa  

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.  

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda  

 ::::: Dah banyak kali aku dapat tips2 begini, tapi masa bujang2 dulu. Tapi kali ni aku tersentuh plak bila baca tips ni….teringat sesangat kat Danial. Perasaan sayang menebal membuatkan aku selalu rasa takut. Tambahan plak banyak kes2 yg melibatkan anak2 sekarang ni..Semoga Danial sentiasa di lindungi dan diberkatiNya. Aku tawakal dan yakin Allah sentiasa melindungi anakku itu. Lindungilah kami sekeluarga Ya Allah…..Amin.

Dedicated song for my son

25 Mar

Thank @z (bini kito)…

Lagu ini kutujukan khas untuk anak terunaku..Muhammad Raziq Danial bin Roslan

ABCDEFGHI,

JKLM,

NOPQRSTUVWX

YZ

I LOVE U…

I LOVE U….

::: Lagu dari filen Hindi….

……: Danial: Mama dan papa sayang sangat2 kat danial. Danial lah lambang cinta mama dan papa..

                         Walaupun Danial selalu kena marah kat mama dan papa, tapi bukan bermakna mama dan papa          

                        tak sayang Danial, kami terlalu menyayangimu….Sayang kami hingga ke penghujung nyawa..

                         Semoga Danial di murahkan rezeki, di permudahkan segalanya, menjadi anak yang soleh, pintar, cerdik

                          baik, hormat orang tua dan menyayangi papa dan mama…..We love u…muahhhhhhhhhh….