Archive | January, 2010

Happy New Year 2010

25 Jan

Sekejap jer maser berlalu..dah masuk Tahun Baru 2010…Tahun 2009 banyak gak kenangan tapi pahit ker manis semua tu lumrah kehidupan. Sesungguhnnya yang nyata semua itu ujian dan ketentuanNya.Sebagai umatnya aku redha dan pasrah.

Untuk tahun 2010 ni Insya Allah family aku makin bertambah sorang..Due aku 17 Februari 2010…Aku harap semuanya selamat. Tak sabar gak nk dapat baby baru…mesti makin kecoh rumah aku nanti. Tahun ni gak insya Allah rumah yang kami beli akan siap ..kalo tiada aral awal tahun ni..Persiapan untuk rumah baru dah siap sikit2…kalo boleh biar ah aku dapat kunci rumah baru maser aku masih lagik cuti bersalin. best gak..habis pantang..tak payah riso pasal cuti…..

heheee..hehe

Tersirat dan Tersurat

18 Jan

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

Setiap kali ditimpa pelbagai ujian dan masalah dalam diri. Aku suka hayati makna disebalik baris2 ayat itu…tersimpan sejuta maksud yang senang diungkai dengan hati sendiri. Aku juga sering kaitkan dengan kehidupan aku dari dulu hingga sekarang, dari seorang budak sehinggalah seorang wanita sekaligus isteri serta mama…

Namum aku bersyukur kerana aku telah faham apa istilah pelangi itu..dan aku bahagia dengan pelangi yang  hadir dalam hidup aku.Walaupun dulu hidup ini sering dihujani dengan kemarau dan tengkujuh tapi aku redha dan aku pasti apa jua yang Allah lakukan pasti ader ‘sesuatu’ yang satu masa nanti akan menjanjikan kebahagiaan..

Terima kasih kepada pelangi itu, terima kasih jua kerana sering memberi warna dalam hidup aku. sesungguh aku tak pernah nilai warna2 pelangi tu, tapi kehadirannya cukup membuat hidup aku bersinar….

Aku sayang pelangi itu…heheee

aku dah matang…..

14 Jan

Happy Birthday to me…

Happy Birthday to me..

Hari ni genaplah umur aku 30 tahun…Papa cakap aku tua….tak per..mentang2 ah dier lahir bulan Julai…tak per…yang penting papa nampak tua dari aku…(ayat sedapkanhati)…

Semalam aku ngantuk gila, papa wish awal kat aku..syahdu siot…

bangun pagi ni pun wish lagik, nak gi opis tadi pun papa wish lagik….

Thank to mammy dan adik2 yang wish tuk aku….aku sedih…sayu jer….Ingatan drg tak per lekang……walaupun aku dah kawin…sayang mereka2 semua.

Thank to kawan2 yang wish kat aku..sms kawan2 buat aku makin happy disamping ucapan dari papa….

Papa sibuk tanya nak hadiah apa….ntah ler…aku rasa tak der apa2 kot sb kasih sayang yang papa bagi terlalu berharga dari hadiah yang beli kat kedaikan…..Papa ajak gi makan pizza..aku balik gi bantai masak..wat to do???

Insya Allah  permulaan untuk besday ni…ada gak berita gembira tuk aku..first sb aku nk dapat baby baru and kalo tk der aral rumah kami akn siap….itu kira hadiah ah tu…

Impian aku…

Semoga tahun ni kehidupan aku lebih bahagia dan dimurahkan rezeki serta setiap rezeki itu diberkati olehNya. Di berikan kesihatan yang baik. Diberikan cahayamata yang sihat, comel serta soleh dan solehah agar rumahtangga aku ngan papa makin berseri…dan semoga harapan dan doa2 aku selama ini dimakbulkan Allah..Amin…