Archive | August, 2010

Rutin harian bila jauh sikit…

27 Aug

Alhamdullilah aku dah duk rumah baru yang kami beli …penat, letih tapi yang nyata seronok sgt. Walaupun tak der ah besar rumah tu tapi sekurang2nya ada gak harta kami. Setiap hari aku akan kuar jam 630 pagi untuk ke opis. Jarak aku dari rumah ke opis 30 minit, papa plak 20 minit. Pagi2 aku akan bangun seawal 4 pagi untuk siapkan sahur (dah bulan Ramadhan) dah akan ku pastikan kul 5 kn siapkan anak2…mandikan along dan tukar pampers adik.

Aku balik dari opis plak kul 430 ptg, ambik anak2 kat nursery..zass balik rumah. sampai rumah kul 515ptg, basuh baju anak2 yang kat nursery, masak nasi dan terus mandikan anak2, pastu aku solat dan terus masak untuk berbuka…Dlm kul 7 aku siap ah masak…Alhamdulilah walaupun nampak macam havoc gila…tapi aku hepi…

papa: mama penat tak? balik jer kelam kabut masak..

Mama: penatĀ  tapi mama ikhlas buat semua ni….

…..Peduli apa org nk kata..yg penting aku happy…

org selalu cakap kat aku, bila ko ader anak baru ko tahu penat..mesti ko tak masak dah…

Tapi jawapan aku …..aku tk pernah rasa muak untuk masak…itu bukan alasan kan???anak..anak….susah sgt ker bila ada anak….???

Dah ah…emo plak pepagi..kita kongsi gambar ah..

Pintu hadapan..

Ruang makan – pandangan atas

ruang tamu – pandangan atas

pandangan luar..

langsir – ruang tamu- kain yang sama tuk satu rumah – tempah kat Nilai

Ruang tamu

kat dapur…

sikit2 dah ah…

nanti bila dah kaya sikit ,aku buat open house..tapi bila????ntah….tak niat dan tak janji….

Cite sikit…

26 Aug

Walaupun dah basi..tapi citer ah gak…
Aku ader buat tambahan sikit kat rumah salak tinggi….
aku buat stor kat bawah tangga ngan tukar sink baru, sb sink yang ada tu papa kata tak tahan lama…
Okeh jer….under budget gak..

storĀ -sebelum

stor – selepas

sink – sebelum

sink – selepas

settle….

Sedar tak sedar…

26 Aug

Alhamdullilah..hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5…Indahnya dunia..
Harapan kami semoga rumahtangga yang kami bina ni kekal untuk selamanya.Semoga jodoh kami berpanjangan, zuriat yang akan bertambah untuk meriahkan lagi rumah kami. Kesihatan yang sempurna.Syukur pada Allah diatas segala rahmatNya untuk keluarga kami. Anniversarry tahun ni kami sambut di rumah baru kami.
Anniversary tahun ni juga kami sambut di bulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan….

Alhamdulilah untuk segalanya……………..

p/s: aku tk der mood nk menulis, sakit kepala..pagi tadi tersentak dgr haikal nangis………nak taip entry anniversary pun macam di alam khayalan………..nyut..nyuttt

come back…

17 Aug

wah..ayat come back to…macam ah ader org kisah aku come ker back…
Alhamdulilah…bulan Ogos banyak btui kenangan tuk aku kenang…antaranya aku dah masuk rumah baru kami…tanggal 14 Ogos 2010…
26 Ogos plak anniversary kami yang ke-5………

babai….
i’m tired………….
hari ni hari pertama drive sesubuh hari dengan anak2 tuk dtg kerja…

aku happy………….