Archive | December, 2011

SMS hari ini……..

8 Dec

Sekadar kenangan….

Tarikh: 8.12.2011 @ 9.00am

Papa: Mama dah makan?sedap lauk..bla..bla

Mama:dah. mama makan kat rumah.sedap lauk ke sedap mama?

Papa: dua-dua sedap

Mama:papa, ingat tak semalam papa cakap kat mama, papa sayang sangat kat mama dan selalu rindu mama?

Papa: Igt, knp?

Mama: Papa baru rasa perasaan gitu ker?

Papa: dah lama, 10 thn yg lalu

Mama: Mama dah lama rasa gitu, dari kita kenal, sampai papa tinggalkan mama,hingga kita kawin dan hingga ke akhir hayat perasaan tu tetap dalam hati mama.

Papa: Ye ke kita sama ah

tetiba jer sedih.tetiba jer aku rindu kat papa…tetiba jer aku rasa nak dier ader sblah aku.

Ya Allah, kau panjangkanlah jodoh pertemuan kami. Panjangkanlah umur kami sekeluarga.Jauhkanlah kami dari musibah dan malapetaka. Jauhkanlah kami dari niat jahat org yang dengki. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah serta sempurna sifat dan akalnya.Murahkanlah rezeki kami dan berkatilah rezeki yang kami perolehi.

Sesungguhnya Ya Allah aku terlalu menyayangi suamiku dan anak2 ku.

Amin…..

Advertisements

Happy Birthday Along..

5 Dec

Alhamdulilah hari ni genap 5 tahun usia anak ku.Sekejap je masa berlalu.Dan hari ini juga genap aku bekerja dalam sektor awam selama 8 tahun.

Memandangkan along dh besar so sambutan hari lahir dia istimewa sikit, aku buatkan kek dan papa belikan hadiah.Insya Allah jika tiada aral kami bercuti ke Melaka.

Tiada apa yang papa dan mama harapkan cuma kebahagian dan kegembiraan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Along, jadi anak yang soleh sayang,jangan tinggal sembahyang.Belajar rajin-rajin kerana tiada harta yang melimpah dapat papa dan mama berikan melainkan kasih sayang dan ilmu pada Along.

Mama tahu anak mama pandai dan bijak…sesungguhnya anak-anaklah permata yang tidak ternilai untuk papa dan mama…

Papa,mama dan adik sayang Along…muahhh

 

 

 

 

 

 

 

Ngan hadiah adik dan Along

 

 

 

 

 

 

ngan hadiah pemberian papa

 

 

 

 

 

 

mak ia senyum…

 

 

 

 

 

 

alahai anak mama……..

p/s: sayu… 😦