SMS hari ini……..

8 Dec

Sekadar kenangan….

Tarikh: 8.12.2011 @ 9.00am

Papa: Mama dah makan?sedap lauk..bla..bla

Mama:dah. mama makan kat rumah.sedap lauk ke sedap mama?

Papa: dua-dua sedap

Mama:papa, ingat tak semalam papa cakap kat mama, papa sayang sangat kat mama dan selalu rindu mama?

Papa: Igt, knp?

Mama: Papa baru rasa perasaan gitu ker?

Papa: dah lama, 10 thn yg lalu

Mama: Mama dah lama rasa gitu, dari kita kenal, sampai papa tinggalkan mama,hingga kita kawin dan hingga ke akhir hayat perasaan tu tetap dalam hati mama.

Papa: Ye ke kita sama ah

tetiba jer sedih.tetiba jer aku rindu kat papa…tetiba jer aku rasa nak dier ader sblah aku.

Ya Allah, kau panjangkanlah jodoh pertemuan kami. Panjangkanlah umur kami sekeluarga.Jauhkanlah kami dari musibah dan malapetaka. Jauhkanlah kami dari niat jahat org yang dengki. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah serta sempurna sifat dan akalnya.Murahkanlah rezeki kami dan berkatilah rezeki yang kami perolehi.

Sesungguhnya Ya Allah aku terlalu menyayangi suamiku dan anak2 ku.

Amin…..

Happy Birthday Along..

5 Dec

Alhamdulilah hari ni genap 5 tahun usia anak ku.Sekejap je masa berlalu.Dan hari ini juga genap aku bekerja dalam sektor awam selama 8 tahun.

Memandangkan along dh besar so sambutan hari lahir dia istimewa sikit, aku buatkan kek dan papa belikan hadiah.Insya Allah jika tiada aral kami bercuti ke Melaka.

Tiada apa yang papa dan mama harapkan cuma kebahagian dan kegembiraan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Along, jadi anak yang soleh sayang,jangan tinggal sembahyang.Belajar rajin-rajin kerana tiada harta yang melimpah dapat papa dan mama berikan melainkan kasih sayang dan ilmu pada Along.

Mama tahu anak mama pandai dan bijak…sesungguhnya anak-anaklah permata yang tidak ternilai untuk papa dan mama…

Papa,mama dan adik sayang Along…muahhh

 

 

 

 

 

 

 

Ngan hadiah adik dan Along

 

 

 

 

 

 

ngan hadiah pemberian papa

 

 

 

 

 

 

mak ia senyum…

 

 

 

 

 

 

alahai anak mama……..

p/s: sayu… :(

Besday Along….

30 Nov

Tanggal 5 Disember 2011 ni besday Along yang ke-5.Muda sokmo ah lahir hujung tahun.

Besday tahun ni papa dah janji nak bawak Along ke Melaka. Hotel pun aku dah booking.

Semoga semuanya berjalan lancar………\

N3 khas nanti time sambutan…

Kenangan itu – Salam Aidilfitri

22 Nov

Tgk gambar jer ah…

sekian…

Saya rindu

22 Nov

Saya rindu tempat saya yang lama…tetapi demi masa depan saya tinggalkan segala kenangan itu. Sb apa dan knp biarlah menjadi rahsia. Mungkin kalo saya tiada seseorang itu akan hidup senang….bila lagi di anak bersuara…Tetapi saya tidak menyesal kerana saya bahagia di sini.Semoga Alllah permudahkan perjalanan saya di tempat baru..Amin

Sambutan Besday Papa

22 Nov

Walaupun telah 4 bulan berlalu..oleh kerana kesibukan melanda, maka baru sekarang kuar n3 sambutan besday papa…

Sambutan tak seberapa, aku blanja papa makan kat Johhny dan belikan jam tangan Sport untuk papa..

Layan gambar jer ah…

Besday org tua….

Along baru balik sekolah, sambutan waktu tengahari..aku plak baju opis jer…

Budak yang banyak ragam…hilang selera mama nk makan….

happy Besday yang ke 31 sayang…

Semoga papa dipanjangkan umur dan jodoh ngan mama. Sihat selalu, sayang mama dan anak2 selalu….

Mama dan anak-anak sayang papa…

 

Anak-anak ku…

22 Nov

Biar gambar yang ceritakan segalanya…

Baru dapat keter…

Ragam anak-anak nih buat aku dan papa selalu gelak sorang-sorang…bila bertiga nanti macamana ah..gamat rumahtangga kami.

Tapi tak per boleh aku kurus..hehe

 

Sedapnya…

21 Nov

Sedapnya …terbayang-bayang lagi nih…

 

 

 

 

 

 

 

 

papa…..mama nk makan jambu

alamak..terlupa…

21 Nov

Bila tgk gamabr baru teringat yang aku blum update makan2 sempena meraikan perpisahan aku..Terima kasih pada kawan2 dan bos yang sudi belanja aku…Walaupun jamuan tuh ringkas sb last minute tetapi berbaloi untuk aku kenang…
Kami makan di Nando’s Masjid Putrajaya…Pertama kali makan kat Nando’s..bagi aku no bad ah…tapi masih tidak memenuhi selera aku lagik..baik makan ayam goreng nagn sambal belacan…penat nak menaip sbnarnya………

layan gambar jer ah…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menu ntah apa nama..kawan yang suggest

 

 

 

 

 

 

Kawan-kawan ku……

Kenangan itu cukup indah…

P/s: kepada kawan-kawan yang aku tak sempat jumpa untuk menghulurkan salam kemaafan..sekiranya terbaca blog ini.aku susun 10 jari sekiranya ada tutur bicara ku yang menguris hati. Halalkan makan minum ku selama kita bersahabat. Kalian tetap di hati.

 

Alahan….

21 Nov

Ya Allah…macam2 dugaan ngandung nih..Seingat aku ngandungkan Along jer aku cergas, tak tahu apa tuh alahan.Start Haikal alahan sampai 9bulan.Baby kali nih lagik ah..penatnya,nak muntahnya,selesema,lenguh-lenguh badan.sampaikan tangan tak boleh nak angkat sebelah kanan…harap2 cukup 3 bulan dah ah.
Esok aku nak mula bukak buku kat Klinik.sambil tuh nk scan baby sekali. Sb aku conpius ngan tarikh period.Sb period aku tk menentu, so lupa ah nak tanda date…

alamak…rasa nk muntah tuh datang lagik….Kuatkan semangat aku…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.